tak berapa banyak koleksi gambo raye sebab si cahaya kurang sihat. setelah 2 klinik swasta dan 1 klinik kerajaan, akhirnya klinik yg ke 4, klinik mahkota di segamat, ummi gagahi juga utk bwk cahaya walaupun ujan lebat gak awal2 perjalanan.. sekarang ni fatiha ummi tukarkan gelarannya kepada cahaya sempena dengan nama nur. mungkin nama yg abbi bagi tu lebih serasi untuk dia. aisyah fatiha adalah nama yang ummi bg, nur abi yang bg.sejak ajuk2 nama cahaya nampaknya demam dia berkurangan dan semalam lepas je makan ubt klinik mahkota tu, cahaya takde demam malam lagi, alhamdulillah.batuknya pun makin berkurangan dan kembung perutpun mula hilang. seperti yang dinasihatkan doc, disebabkan cahaya menyusu badan sepenuhnya, ummi kene pantang makan. ambil makanan yang berkhasiat dan pastikan pemakanan yang sesuai utk bb. ummi bersyukur doa ummi supaya cahaya sembuh dr segala penyakit yg sedang dihidapinya dimakbulkan jua.